Friday 31 August 2012

Setahun Sudah....^_^

Hari genap setahun aq behenti menjadi seorang staff PUTRA KONSULT S/B...cepatnya masa berjalan...ini bermakna hampir setahun sudah aq menjadi warga UTeM...huhuhu...mcm2 dugaan aq tima dlm masa setahun nie...tp aq percaya, ada sebab kenapa Allah uji aq dengan pelbagai rintangan nie...

Kt PK, aq beljar macam2...xrugi aq qeja kt situ slma 13buln..Walaupown qeja aq lari dr bidang pengajian aq selama 3thun.tp aq tetap gembira..aq dpt bljar menjadi seorang kakitngn civil engineering..aq tahu nk baca drwing cvil..simbol2 dlm civil eng..cara2 nk berusan dgn PBT,gomen,n client2 syrkt..hehehe...Thank kepada org y tlg rekemen aq qeja c2...Suasana qeja y lepak2 kdg2 tension jugak la...hehehe...aq la staff pling muda kt c2..hehehe...

Friday 10 August 2012

MoOd RaY@...^_^

Hai2...lama dh xbelek2 bnda alah nie...maklum la...line lembab kalah siput sedut...hihihi...Syokkkkkkkkk ooowhhhhhh...Tgh dengaq lagu raya nie smbil mengira hari nk balik Aloq Stuck...Xsabaq nya nk balik kampung...jumpa sanak sadara...bessssttttttttttnya..Hari2 dgaq lagu raya..Baju raya dah siap...kasut dh beli(utk diri sndri n mama..utk ayah blum lg.)tudung raya pown dh beli..TQ abang n kakak ipaq y comei cz sudi sponser baju n tudung untuk adikmu y bongsu nie...hehehe...Taun nie anak2 nakan xdpt duit raya dr Chik Wani lg dh, cz Chik Wani skrg b'gelar student balik..Tunggu lagi 2tahun, bila dh jd Insepktor Polis @ Engineer, boleh bagi duit raya banyak2 kt hampa semua.(doa2 kn la wahai anak2 menakan Chik Wani).:p...Tahun lepas xpela bekerjaya...

Hari nei dah masuk Fasa ke-3 bln Ramadhan ...cepatnya masa berlalu...ase baru ja mask bln y penuh keberkatan nie...Huhuhu sedihnya bila dh nk smpai pnghujung bulan nie...Minta2 tahun dpn dpt b'jumpa lg ngn bulan y penuh Rahmat nie...InsyaAllah kalu umoq panjang...

Hari nie aq dan b'chatting ngn my love friend...hehehehe...dh lama xchtting ngn dia...seronokkkkkkkkk owwwwwwhhhhhhhhh....cita kami kisah sai raya n cuti jerrrrrrrrr....Dia sonok la...tengah b'cuti kt kg...aq ja kt kmpus lg...(Mood: Jelus sangat2)...Tiba2 dia gtau nanti 24hb nie dia nk g KL..Aq pown tnya la..nk wt apa g KL time raya nie?Dia pown gtau la...Ada seorang kawan kami nk b'tunang dh...Aq pown terkejut la...Yela, xsangka la wei...secepat 2 aq dpt berita nie....Apa2 pown aq tumpang gembira bila dpt tau kwan2 nk bina masjid nie...Mood masa 2...Seronok xsangga2 la...mcm aq plak yg nk b'tunang...hihihi...Apa2 pown TAHNIAH diucapkan kepada MIM & Abg Syafik...Xsabaq nya nk tengok depa naik pelamin...Mesti comei n segak cz 2 2 orang tinggi...Erm bila la plak turn aq nk b'tunang nie???hihihi...kawan2 ramai dh b'tunang n kawen...y ada anak pown dh ramai..huhuhu...Xpa Wani...Sabaq noh..2 semua dh tercatat..T tiba la masa dia...Lanie ang sabaq dulu k...hehehe...

SeL@mAt HarI RayA....HEhehehe...^_^



3 sahabat bersama kakak yg kecik-miut..hehehe...4 org masih b'gelar student..Seorang akan bergelar tunang orang tak lama lagi...Sayang semua...<3 <3 <3








Thursday 2 August 2012

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Sekadar perkongsian....Salam Ramadhan....:)